Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.
Tanda-tanda Terkena Sihir
- Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
- Badan terasa berat dan malas.
- Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.
- Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
- Sakit ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.
- Sakit pinggang tanpa sebab.
- Sakit dada bila waktu asar ke atas.
- Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
- Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
- Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
- Bermimpi di tempat yang kotor.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
- Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis bak kena sampuk.
- Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
- Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
- Malas beribadat.
- Nyanyuk ketika usia masih muda.
- Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.
- Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
- Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
- Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
- Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.
- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
- Darah haid turun lebih 15 hari.
- Batuk yang berpanjangan.
- Selalu ditindih ketika tidur.
- Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
- Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
- Nafsu seksual yang melampau.
- Selalu melihat kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu diperhatikan.
- Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
- Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
- Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.
- Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
- Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
- Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.
- Suka tengok cermin lama - lama.
- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal.
- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)
- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
- Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah.
- Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
- Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang.